Sunday, September 14, 2008

Selamat Datang ke blog saya!

Tujuan blog ini diadakan adalah untuk memperkenalkan bidang KGSK ini kepada umum. KGSK yang bermaksud Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah yang disebabkan guru terpaksa meninggalkan P&P di bilik darjah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang KGSK di blog saya ini dari masa ke semasa. Saya harap blog ini dapat menjadi satu wadah bagi saya menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan yang ada di luar sana.